Friday, June 12, 2009

Dengan nama Allah kita mulakan

Bagaimana Rasullullah berjaya merubah manusia yang degil dan keras kepala yang dipanggil Arab jahilliah, berubah menjadi manusia yang bertamadun dalam tempoh 23 tahun?

Operasi apa yang Rasulullah mulakan ?

Pil-pil apa yang Rasullullah bawa untuk mengubat penyakit- penyakit masyarakat arab jahilliah ketika itu ?

Sudah tentu ada penawar yang paling istimewa
kepada Rasullullah yang Allah bekalkan?

Tidak terfikirkah kita ingin mendapatkan rahsia penawar itu?

Sudah tentu penawar –penawar itu sesuai untuk semua dan lebih-lebih lagi penawar ini telah terbukti kejayaannya?

Tidak mungkin terpaksa mengada-gadakan penawar lain yang lebih mujarab untuk
mengubati.

Kononnya..... ada pula manusia-manusia hatinya berbeza dengan apa yang ada dizaman Rasullullah.Bukankah yang berbeza hanyalah masa dan era sahaja , bukan hati-hati manusia?

Kalau hati itu baik insyaallah walau dizaman dan era mana sekalipun akan jadi baik.

Kalau hati tak baik ,tak mau jadi baik dan tertutup untuk menjadi baik walau berada
dizaman Rasullullah pun tetap juga tidak baik.

Bukankah hati lah..... yang membentuk manusia baik atau jahat dan tidak zaman dan eranya.

Apakah Tuhan tidak bijak?

Apakah penawar itu hanya sesuai untuk zaman Rasullullah sahaja ?

Kalaulah penawar itu dibenarkan mengikut cara kita,zaman kita,era kita,
sudah tentu bercanggahlah sesama kita dalam memperkatakan cara kita yang paling mujarab.

Betulkah?

Luahkanlah rasa hati dalam ruangan ini , nanti kita buat kesimpulan....

Insyallah...
Dengan Nama Tuhan Kita mulakan.....

Izinkan saya yang memiliki HATI Merdeka ini,

ingin menyatakan perkara yang sering di perdebatkan

dengan niat tidak mahu menyinggung mana-mana

pihak yang ada.

Bukan untuk menggawatkan keadaan yang

telah sedia gawat tetapi hanyalah dengan niat untuk

membantu manalah tahu, hati yang berkata ini boleh berkongsi?

Jika ada jalan yang lebih berkesan yang telah dilupakan keberkesanannya.

Kemungkinan cetusan rasa hati ini sesuai kepada hati yang MERDEKA juga.

Kita boleh sama-sama berkongsi dan berbicara panjang lebar

dalam ruangan ini tentang apa saja pandangan dan respon kita simpulkan bersama

INSYAALLAH.........