Tuesday, June 23, 2009

Ramai Yang Terkena Dan Tertipu.

Apalah sangat pengaruh dunia yang jijik dan hina ini bertukar menjadi mulia.
Bukankah Rasulullah S.A.W pernah bersabda 'Dunia itu ibarat bangkai, pemburu-pemburunya adalah anjing'. Dari sudut pandangan Allah dan Rasul, nilai dunia ini kalau dibandingkan nisbah akhirat langsung tidak ada apa-apa makna. Sebab itu Allah sebut di dalam Al-Quran 'Tidak ada kehidupan di dunia melainkan tipu daya semata-mata'.

Berapa banyak kita sudah kena tipu dengan dunia yang menipu? Ada yang menyangka, bila namanya terkenal dan popular, disebut dibibir-bibir manusia ataupun menjadi sebutan orang. menyangka hidupnya menjadi bahagia kerana manusia menyokongnya, minat padanya, bersimpati kepadanya.

Ertinya, bila manusia sudah ramai menyukainya, tak mungkin ada masalah lagi! Tak mungkin hati akan kecewa! Tak mungkin ada manusia yang tak suka kepada kita ketika itu boleh menjatuhkan kita. Atau bila kita sudah sampai dijulang, dipuji dan dipuja oleh manusia ketika itu, hidup menjadi puas sehingga apa yang kita hendak boleh kita perolehi?

Tetapi, apa yang kita sangka sungguhpun kita sudah capai apa yang kita citakan hingga menjadi buah mulut orang, itu sebenarnya meleset sama sekali! Hati makin kacau, gelisah dan gundah gulana. Malah sentiasa diburu rasa takut yang melemaskan. Kita sangka di waktu itu sepatutnya kuasa pengaruh manusia yang menyukai kita boleh menyelamatkan hati kita ketika hati kita merana. Ketika hati kita dirundung kecewa, putus asa bila ada manusia atau saudara rapat yang hampir dengan kita, malah yang kita sayang dan percaya berlaku khianat dan curang kepada kita.

Rupa-rupanya menuntut kasih sayang atau mengharap yang lebih dahsyat daripada haiwan yang tidak punyai akal. Kita cuba meminta pertolongan kepada manusia yang menyukai kita. Rupa-rupanya mereka juga memiliki hati yang dikecewakan oleh orang lain terhadap mereka seperti kita juga. Walaupun mereka ramai, mereka pun tidak boleh tolong kita mengatasi masalah yang kita hadapi, kerana mereka pun bermasalah juga. Hari-hari mereka pun turut bergelut dengan masalah yang biasa dan lazim yang menimpa pada seluruh manusia. Tak habis-habis dan tak mungkin mereka boleh menyelamatkan hati kita yang duka lara seperti mereka juga.

Ertinya, selama ini ramai yang suka kepada kita adalah orang yang kena tipu dengan dunia juga seperti kita dan senasib dengan kita. Mereka menyangka kitalah yang boleh menyelamatkan mereka, rupa-rupanya sandaran mereka kepada kita meleset sama sekali. Maksudnya, apa yang terjadi, mereka tertipu dengan kita dan kita tertipu dengan mereka.

Semua ini dipanggil 'Dunia Disalut Dengan Kebahagian Yang Menipu Daya'. Inilah yang dikatakan, bila kita buru dunia dan dapat dunia tetapi dunia itu tidak dapat memberi kebahagiaan kepada kita. Itulah yang dikatakan DUNIA TIPU KITA!

Apa pula nasib mereka yang buru dunia, dunia yang diburu langsung tidak dapat? Sudah tentu lebih kecewa dan menyeksakan.

Tertipulah SEMUANYA. Wallahualam.

Keuntungan dunia yang palsu dan memalukan

Secara semulajadi naluri manusia terangsang atau naluri kita terangsang, inginkan penghargaan berbentuk pujian, sokongan, penghormatan, pemujaan dan simpati. Atas dorongan ini, kita rasa tak bersalah kerana itu adalah kehendak sifat semulajadi atau dalam erti kata lain kehendak naluri seluruh manusia sejak dari lahir lagi.
Sayugia, hendaklah kita ketahui sungguhpun kehendak-kehendak ini subur lahir di dalam kita, wajiblah dipantau atau diselenggarakan, dipimpin dan dibimbing melalui ilmu fardhu 'ain ( ilmu tasawwuf ) bukannya dihalang atau disekat.
Malah berkewajipanlah kita memelihara hala tujunya. Kembali kepada Empunya-NYA secara mutlak.

Bila hati tidak kenal pencipta-NYA maka terjadilah begini :
1. Mencuri kesempatan ini untuk tujuan peribadi.
2. Tak terasa pemberian ini untuk diuji.

Kita mudah terlupa tujuan asal kita diwujudkan ke dunia ini.

Menang Dan Berjaya Belum Tentu Benar

Berjaya yang biasa berlaku hanyalah melangsungkan giliran berganti .

Ada yang berjaya kerana diatas kelemahan lawan - bukannya kekuatan.

Tidak kurang juga yang menang dan berjaya kerana menjuarai isu sensasi
sehingga menjadi majoriti- belum tentu lagi ini yang sejati..

Seluruh dunia, mana yang pandai berstrategi dan senjata berteknologi , dipuji dan disanjung tinggi sekalipun menzalimi.

Malah mana-mana yang dapat kukuhkan ekonomi dipuji walaupun kapitalis atau komunis.

Yang Benar Di Mana?